Blog ini mama sediakan untuk berkongsi tentang balm Tasneem keseluruhan,kehidupan harian anak-anak Iskandar mamapapa,apa jua aktiviti kami 6beranak+family,semua tempat yang kami lawati.Nama mama Nurulaliah Bt Mahat berumur 35 tahun pada 2019. oppsss dah tua ya mama but still comeey.Mama berkahwin dengan papa Iskandar 11tahun yang lalu,selama 8tahun usia perkahwinan,mama dikurniakan 4hero yang comey..

Wednesday, January 16, 2019

Sambal Tempoyak Daun






SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU



Tempoyak daun kayu yang dah siap di letak dalam bekas untuk abglong mama bawak balik Sabah





Sinonim tempoyak daun kayu ni dengan masyarakat sekarang. Orang yang tak makan tempoyak adalah orang yang rugi bagi mama. Mak mama suka buat tempoyak sendiri. Tak pernah pun beli. Kalau musim durian, lagi banyak tempoyak yang mak buat. Kalau ada kenduri di rumah or kampung, menu utama kami adalah sambal tempoyak daun. Waktu malam sebelom kenduri wajib dah bagi kami untuk sediakan bahan-bahannya. Jom kita tengok apa bahan-bahan utama.














SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU



BAHAN-BAHAN

  • Pucuk ubi*

  • Daun kunyit *

  • Daun kaduk*

  • Daun pegaga*

Daun kesum*

  • Petai ambik isi saja

  • Ikan bilis

  • Serai*

  • Santan pekat

  • Tempoyak

  • Garam

Gula







BAHAN KISAR:

  • 1/2 cawan cili api

  • 2 inci kunyit hidup








CARA MEMASAK:



Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya. Pucuk labu digentel dengan tapak tangan, tujuan untuk membuang bulu2 halusnya. Daun kunyit dibuang tulang tengahnya. Petai diambil isinya. Kesemua ulam2 daun (pucuk ubi, pucuk labu, daun kadok dan daun kunyit) dimayang halus seperti bunga rampai. Kemudian cuci dan toskan dalam tapis. Biar hingga kering. Isi petai dihiris nipis. Ikan bilis ditumbuk sedikit (jika guna ikan bilis saiz kecil, tak perlu tumbuk). Ketepikan.





Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam kuali bersama tempoyak dan pati santan. Kacau rata dan hidupkan api. Biar hingga mendidih dan pekat sedikit, guna api sederhana dan kacau sentiasa. 





Masukkan daun2 yang telah dimayang tadi, petai dan ikan bilis. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, jika perlu. Masak sekejap lagi hingga petai empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...





Campurkan semua bahan-bahan dalam kuali 









Daun Kunyit dan Serai





Pucuk ubi, Daun kadok, Daun labu, Daun kunyit dan petai




Selamat mencuba!!
















*Gambar dari laman web mencari resepi













💚,
MamaIskandar







No comments:

Post a Comment

5 BERADIK

5 BERADIK

Aktiviti Bersama Family

Aktiviti Bersama Family