Blog ini mama sediakan untuk berkongsi tentang balm Tasneem keseluruhan,kehidupan harian anak-anak Iskandar mamapapa,apa jua aktiviti kami 6beranak+family,semua tempat yang kami lawati.Nama mama Nurulaliah Bt Mahat berumur 35 tahun pada 2019. oppsss dah tua ya mama but still comeey.Mama berkahwin dengan papa Iskandar 11tahun yang lalu,selama 8tahun usia perkahwinan,mama dikurniakan 4hero yang comey..

Tuesday, January 15, 2019

Resepi Sambal Kentang Cilipadi





Sambal Kentang Meletop







Harini mama ikut papa ke kedai eco rm2. papa cari botol spray untuk projek dia nanti. Projek apa?? Nanti mama akan update. Kalau nak pergi kedai eco, hati kena kental beb. Mama tewas beribu kali dah, tapi kali ni mama chill je. Masuk kedai eco hanya beli botol spray papa dengan harga rm2.10. hahahahahaa bagus tak mama?? Dah masuk kereta baru mama perasan yang mama macam ada benda nak beli tadi. Nasib perasaan tu tiba sesudah msuk dalam kereta.. huahuahuahuahuaaa. So, SELAMAT!!!!!! Selamat apa?? Selamat duit mama..



Hari-hari benda yang sama mama pikir ialah nak masak apa. Harini selain sup daging, mama rajin sikit la untuk buat sambal goreng kentang dan ikan bilis. Guna cilipadi yang fresh dari belakang rumah mak mama. Bila perut rasa lapar, cepat ja nk siap masak kan. So, ini lah lauk yang boleh membuka selera.. Dan sambal bilis nilah yang mama masak.. anak-anak makan lah sup daging harini tp mama tetap pilih sambal kentang bilis.



Selalunya mama buat sambal ni guna cili kering so sambal jadi warna merah. Harini mama guna cilipadi fresh yang mak mama bagi. Dia tanam belakang rumah je.
Walaupun simple tapi sedap sebab rangup.. nak cuba ke.. jom tengok apa resepinya..





Bahan-bahan:

2 genggam ikan bilis digoreng garing
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam cili api merah+hijau*
air asam jawa
garam dan gula






Cara-cara:





Goreng kentang dan ikan bilis




Tumbuk bahan bertanda *




Tumis bahan yang ditumbuk + cilipadi sehingga garing. Masukkan kentang dan ikan bilis. Perasakan dengan garam dan gula






Sementara tunggu cili garing, mama masak nasi dulu. Bila duduk di dapur, tak boleh la duduk saje, mesti ada keja yang nak di buat kan. So, cari kerja, buat sampai habis, baru puas hati.






Boleh dihidangkan dengan nasi dan sup daging tadi.





Cilipadi belakang rumah mak





Senangkan.. Try la esok untuk menu lunch nanti. Kalau ada yang sudi share lah resepi-resepi u olls. Boleh tukar-tukar dengan mama. Otak mama ni dah tepu asik memikir je menu nak masak. Ok Selamat mencuba.. Bai!!






















💜,
MamaIskandar




No comments:

Post a Comment

5 BERADIK

5 BERADIK

Aktiviti Bersama Family

Aktiviti Bersama Family