Blog ini mama sediakan untuk berkongsi tentang balm Tasneem keseluruhan,kehidupan harian anak-anak Iskandar mamapapa,apa jua aktiviti kami 6beranak+family,semua tempat yang kami lawati.Nama mama Nurulaliah Bt Mahat berumur 35 tahun pada 2019. oppsss dah tua ya mama but still comeey.Mama berkahwin dengan papa Iskandar 11tahun yang lalu,selama 8tahun usia perkahwinan,mama dikurniakan 4hero yang comey..

Tuesday, January 15, 2019

Resepi Sup Daging


Sup Daging







Assalamualaikum semua..


Tengahari ni korang masak apa ya..? mama pagi2 dah masuk dapur.. keluarkan daging yang papa beli 2 hari lepas.. daging batang pinang.. Mama selalu juga buat sup ni sebab resepi untuk daging ni hanya sup ja, tak pun masak kurma. Biasa lah ada anak ramai ni tak boleh la nak ikut selera sendirik kan.


Oleh kerana mama ada periuk tekanan tinggi so, mama masak guna periuk tu ja cepat la sikit masaknya nanti kan.. dalam 20minit jugaklah nak bagi daging tu lembut.. 


Semalam mama masak sup ayam, hari ni sup daging.. bukan apa, senang nak suapkan sekali kat anak asuhan yang ada ni.. dorang ni pun suka sangat hirup kuah sup.. 


Resepi untuk sup ni pun mama buat yang senang je.. ce cuba ce cuba.. Jom cek resepi mama...



Bahan:

1.5kg daging batang pinang dipotong kecil.. basuh dan toskan
1 bungkus sup bunjut
3 biji kentang dipotong 4
1/2 biji karet dipotong ikut suka 
daun sup bawang potong kecil
bawang goreng




Bahan tumis:

7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 inci halia*
3 batang akar pokok daun sup*
2 batang serai dititik
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
2 sudu lada hitam biji.. tumbuk lumat
garam 




Cara:

Tumbuk bahan2 yang bertanda (*).. panaskan minyak dalam periuk.. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan bahan2 untuk ditumis yang lain hingga kekuningan.. Biarkan garing. Masukkan daging dan biarkan seketika. 

Masukkan kentang.. Tutup pid periuk tekanan. Tekan button soup & high pressure. Tunggu sehingga bunyi "bip", buang wap dan masukkan pula karet.. kacau dan biar seketika. Mama suka kalau karet setengah masak. 

Hidangkan sup dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup bawang dan bawang goreng.. Ni untuk mamapapa la. Kalau untuk anak-anak memang tak letak daun sup dan bawang goreng. So dah siap!! Boleh makan dengan nasi panas or bihun. Pasti sedap...











Selamat mencuba!!


Jom la share resepi u olls pulak. Mana la tau ada bahan yang luar biasa kan. Resepi mama semua simple-simple je janji sedap..








































💙,
MamaIskandar
























































No comments:

Post a Comment

5 BERADIK

5 BERADIK

Aktiviti Bersama Family

Aktiviti Bersama Family