MAMA ISKANDAR

Blog ini mama sediakan untuk berkongsi tentang balm Tasneem keseluruhan,kehidupan harian anak-anak Iskandar mamapapa,apa jua aktiviti kami 6beranak+family,semua tempat yang kami lawati.Nama mama Nurulaliah Bt Mahat berumur 35 tahun pada 2019. oppsss dah tua ya mama but still comeey.Mama berkahwin dengan papa Iskandar 11tahun yang lalu,selama 8tahun usia perkahwinan,mama dikurniakan 4hero yang comey..

Thursday, June 20, 2019

Angin ! Penyebab Utama Ketika Hamil








Cerita pasal angin ni boleh dikatakan semua pernah alaminya. MamaIs dengan angin ni memang seperti irama dan lagu. Tak dapat dipisahkan.




Malam tadi lepas Magrib papa ajak la MamaIs dan anak-anak keluar makan ala-ala candle light dinner gitu. Dah lama tak keluar kan. So papa bawak kami ke Meq Nor Kitchen kat Jalan Labu-Ainsdale. Anak-anak oder chicken chop la macam biasa dan air jus oren. MamaIs pun oder nasi goreng with chicken chop dan air laici. Papa oder kotiaw goreng.





Menu MamaIs bersama Abang Aqeef dan Affan


Menu abanglong Adam




Tak sampai 30minit makanan pun sampai. Memang cepat la servis di Meq Nor Kitchen. Suasana pun damai, romantik even ramai orang. Masa mula makan tu MamaIs tak rasa apa-apa. So makan lah dengan gumbiranya sambil suap abang Aqeef dan Affan. Sedap jugak lah makanannya. Habis semua hidangan yang kami pesan. Dalam tak diam tu MamaIs dah mula rasa senak-senak perut, angin dah datang ni fikir MamaIs. Tapi still rilek sebabnya ubat angin memang tersedia dalam handbag. hahahahaha. Apa lagi, makan la sebiji ubat angin. nyum nyum!


Ubat angin yang jadi peneman MamaIs


Sambil tunggu papa Q untuk bayar, MamaIs dan anak-anak Iskandar selpi la sebab memang banyak tempat yang cantik kat situ. Tengah-tengah sengih nak ambik gambar, perut memulas macam kena pulas. Rasa nak muntah bersilih ganti dengan kepala berpusing, perut mengeras. Ya Allah angin apakah ini. Masuk ja kereta MamaIs memang berpeluh-peluh dah. Rasa cam something akan terjadi. Terus minta papa pecut balik umah cepat-cepat. Waktu dalam kereta tah berapa kali MamaIs sedawa dan terkentut. Rasa ketat kat bahagian perut tak payah cerita la. Memang heaven rasanya ketika tu - mau tidak nya awak makan tak hengat dunia ! Papa plak dok jadi polis CSI pikir agaknya mama minum ais kot! makan salad kot! sos blakpepper ke? sampai la rumah. Yang dalam kepala MamaIs ni dok pikir bila la nak sampai rumah. Mata dah nampak umah dah.




30minit jugak perjalanan nak balik rumah. MamaIs dok ulang la suruh papa cepat. Sesampai ja di rumah terus MamaIs masuk bilik air kononnya rasa cam nak buang air tapi hampeh tak keluar apa pun. Keluar masuk bilir air dalam 4kali. Lastly MamaIs berdiri depan pintu bilik air tunggu la kot ada apa-apa yang terkeluar. Sekali bueekk ! bueekk ! berkkkkk!! bueekk ! berrkkk!!!! penuh atas lantai bilik air dengan isi yang dimakan masa di Meq Nor Kitchen. huh!! Ingat dah abih tadi, papa pulak datang usap-usap belakang MamaIs, apalagi bueekk !! buekkk !! bueekkk !!! 3x lagi. Abis segala isi perut keluar. Tak dan duduk lagi. sekelip mata kosong dalam perut. Hambek ko !!




MamaIs duduk dalam bilik air bersihkan segala kotoran, mandi. Siap pakej menangis sebab rasa lega Allah ja yang tau. Keluar dari bilik air dengan muka pucat, badan panas mata bengkak, papa tanya abis keluar semua ke? Tak tau la papa memang tanya or perli. hurmmm, ok MamaIs nak tidur ! badan rasa betul-betul tak larat. Kali ni angin memang tak kasi can la. Mimpi ngeri kali ni p makan kat luar. Tobat lepas ni tak makan merapu dah. (Sambil ambik trub dan sapu-sapu kepala, perut, ulu hati dan pinggang)

Memang seksa tau masa mengandung ni badan berangin ! sob sob sob




Sapu lah balm trub - berkesan hokey sampai MamaIs tertidur



Bangun pagi ni badan rasa sengal-sengal akibat insiden malam tadi. Perut rasa berkeroncong. MamaIs p dapur buat koko panas dan makan roti. Ok la untuk alas perut. Duduk depan laptop cari la info tentang ANGIN!


Jom baca info sikit tentang angin. Jangan jadi cam MamaIs tau. huhuu









Perut kembung dan berangin antara masalah yang sering dihidapi tidak kiralah daripada bayi, orang dewasa hinggalah warga tua.
Wanita hamil juga tidak terkecuali. Malah, masalah perut kembung semasa mengandung adalah salah satu masalah paling kerap berlaku pada wanita.








PUNCA PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG


Ia disebabkan:

1. PERUBAHAN HORMON PROGESTERONE


Hormon progesterone sebenarnya membantu wanita hamil kekal sihat sepanjang kehamilan.
Apabila wanita hamil, proses pencernaan yang diaktifkan oleh hormon ini menjadi perlahan menyebabkan perut mudah masuk angin, kerap sendawa dan kentut.




2. SEMBELIT


Apabila wanita hamil makan, bayi dalam rahim akan mengambil nutrisi dan air dalam makanan itu.
Sisa makanan yang kering akan menjadi najis yang keras, menyebabkan sembelit dan perut kembung semasa mengandung.



3. PERTAMBAHAN BERAT BADAN


Wanita hamil biasanya akan makan banyak daripada biasa dan jarang bersenam.
Apabila berat badan bertambah, perut menjadi semakin tidak selesa dan kembung.
Namun, tidak seperti yang lain, wanita hamil tidak digalakkan mengambil ubat untuk membuang angin takut menjejaskan kandungan.






JADI APA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG?




1. BANYAKKAN PENGAMBILAN CECAIR


Selain air dan jus buah untuk meningkatkan cecair dalam badan, boleh juga mengambil sup dan buah-buahan yang tinggi kandungan air.


2. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL


Setiap kali makan, pastikan ia dalam kuantiti yang kecil namun kerap. Dengan ini, makanan mudah dicerna dan dapat mengelakkan perut kembung semasa mengandung.
Ia juga dapat mengurangkan masalah sembelit.


3. KUNYAH PERLAHAN-LAHAN


Elak makan terburu-buru agar saluran usus tidak ‘overload’ dan dalam masa sama anda akan menelan angin yang boleh menyebabkan perut kembung.



4. BANYAKKAN SERAT


Keladi, lobak, whole wheat, epal, pear dan oatmeal tinggi serat.
Serat memudahkan penyerapan pada sistem pencernaan dan memudahkan pengaliran makanan dalam badan.



5. KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK DAN BERANGIN


Bawang merah, kubis, brokoli adalah antara makanan penyebab angin dalam badan.
Makanan berminyak pula melambatkan proses pencernaan yang menyebabkan masalah perut kembung semasa mengandung bertambah buruk.

6. KURANGKAN GULA YANG DIPROSES


Waktu mengandung memang ada yang mengidam benda-benda manis. Kurangkan minuman berkarbonat dan jus buah dalam tin atau botol kerana ia tinggi gula.
Minum jus perahan segar terutamanya buah aprikot, pisang dan peach sebagai pengganti gula-gula dan minuman dalam tin.


7. ELAK MAKANAN MENGANDUNGI SORBITOL


Chewing gum dan makanan pengurus badan mengandungi sorbitol yang menyebabkan perut kembung semasa mengandung dan berangin.


8. TENANGKAN DIRI SEBELUM DAN SEMASA MAKAN


Elak makan dengan gelojoh kerana semasa makan udara akan masuk bersama. Tarik nafas sebelum makan tenang semasa menjamu makanan.


9. BUAT SENAMAN SETIAP HARI


Jika kerap duduk, angin dalam perut sukar keluar. Jika selalu lakukan pergerakan, angin dalam perut mudah keluar.


10. CATAT SENARAI MAKANAN


Setiap kali selesai makan, catat apa yang sudah diambil. Jika dalam masa enam jam selepas makan, mudah untuk kenal pasti jenis makanan yang membuatkan perut kembung.









BIASANYA, PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG BERLAKU PADA AWAL KEHAMILAN




Apabila masuk ke peringkat akhir kehamilan, masalah ini akan berkurangan.
Tetapi jika masalah perut kembung semasa mengandung berpanjangan hingga sakit seluruh badan, cirit-birit dan pendarahan pada najis, segera lakukan pemeriksaan di klinik berdekatan. Dikhuatiri jika keadaan ini berterusan akan menjejaskan kandungan.




Ini kerana semasa hamil, hormon progesteron yang penting untuk ‘membenarkan’ bayi membesar, juga memperlahankan pergerakan usus. Jadi bila pergerakan peristaltik usus menjadi perlahan, tindakan bakteria menjadikan gas yang banyak terbebas dari usus, menyebakbkan badan ibu senang berangin. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tak selesa, mungkin mengalami sakit kepala, muntah dsb.








Harap-harap masuk 3rd trimester nanti hilanglah maslah angin MamaIs. Aamiin











Kredit Info: blog.surrogates-eggdonors.com







Wednesday, June 19, 2019

2 Bulan Selesema, Pakar Sahkan Baby Q Resdung



~ Customer Journey ~
Thursday, June 2019




2 BULAN SELESEMA, PAKAR SAHKAN BABY Q RESDUNG













Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi. Antaranya kita harus bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius. 


Begitu juga yang berlaku pada ibu abah baby Q. Bulan Mac yang lepas, setiap pagi baby Q mesti akan terbersin. Selesema berlarutan sehingga baby Q masuk usia 4bulan. Ibu baby Q sangat risau, ke klinik sudah ke hospital pun sudah. Namun semuanya hampa. Hanya ubat demam yang di bekalkan. Baby Q juga selalu meragam kerana badan yang tidak sihat dan selesa. Kesiannya baby Q. 







Tiada siapa duga anak sekecil ini mengidap resdung seawal umur 2bulan.









Puas mencari, puas ikhtiar akhirnya ibu baby Q bertemu dengan MamaIs. Menceritakan masalah baby Q, MamaIs mencadangkan ibu cuba balm CfRub. Ibu baby Q terus oder balm Cfrub dan Calm Time untuk baby Q.





Balm pertama yang di beli oleh ibu baby Q








'Balm CfRub yang sangat mujarab' - Ibu baby Q







Dalam sebulan sapu CfRub, selesema baby Q berkurang dan akhirnya kering dengan izin Allah. Ibu mana lah yang tidak gembira dengan perkembangan positif anak.. Kerana baby Q serasi dengan balm CfRub dan Calm Time, ibu telah mencuba balm lain seperti Sleep Time, Skeenz dan Trub. Alhamdulillah, semuanya serasi dengan baby Q. Dan baby Q kini lebih sihat. Sebagai ejen juga, MamaIs gembira dan sangat teruja atas perkembangan positif anak customer. Alhamdulillah Allah izin sembuh sepenuhnya.




Dalam balm CfRub, ada 7 essential oil yang terbaik. Seperti Eucalyptus yang dikenali juga dengan nama minyak kayu putih yang berkesan merawat alahan dan resdung dengan bertindak balas terhadap membrance mucus dengan mengurangkan perembesan lendir. Lemon yang membantu melegakan batuk, menurunkan suhu badan, mencegah sesak nafas dan lain-lain. Sangat sesuai dengan semua peringkat umur.



Pada awalnya baby Q seperti bayi lain yang normal. 2 bulan dijaga oleh pengasuh yang suaminya merokok, baby Q mula selesema, batuk dan demam. Kerap juga baby Q demam. Dalam seminggu baby Q akan batuk dan selesema. Perasan dengan keadaan yang kurang normal ini, ibu baby Q telah bawak baby Q rujuk pakar. Terkejut dengan penjelasan pakar, baby Q disahkan ada resdung. Seperti juga pesakit resdung yang lain tetapi baby Q baru di tahap awal. 


Ibu abah baby Q telah di cadangkan oleh pakar untuk menukar pengasuh demi kesihatan baby Q. Kini baby Q telah dijaga oleh pengasuh lain dan Alhamdulillah kesihatannya lebih baik. Kini ibu baby Q jadi pembeli tegar setiap produk keluaran Tasneem Naturel kerana ibu baby Q yakin dengan essential oil, dapat memberikan kesihatan yang lebih baik pada anaknya. Tidak merbahaya, tidak panas, mesra travel dan mudah dibawa kemana sahaja.


Gambar terbaru baby Q. Ceria

                                             




Berminat untuk COD, MamaIs available di Seremban, Senawang dan penghantaran pos seluruh Malaysia setiap hari tau. 


Untuk yang nak join team Tasneem macam MamaIs, boleh terus cari MamaIs :



www.wasap.my/60194677660



FB Page : https://www.facebook.com/tasneembabybalmn9



Instagram : https://www.instagram.com/tasneembabybalmn9



Shoppe : https://shopee.com.my/afifazizan1010

















lots of love,
MamaIs


Hilangkan Loya Ketika Mengandung




Rasa loya ketika mengandung memang keadaan yang kerap dialami ibu hamil. Sekiranya anda menderita loya dan muntah semasa mengandung, anda mungkin tertanya-tanya mengapa semuanya berlaku, dan jika ada cara mendapat kelegaan dari alahan ini.
Walau bagaimanapun, loya ketika mengandung sangat biasa dan sebenarnya normal. Tahukah anda, muntah juga mungkin menjadi tanda hormon kehamilan anda berfungsi dengan baik?
Ibu, mengalami rasa loya mungkin kelihatan seperti cara yang teruk untuk memulakan perjalanan kehamilan anda, tapi jangan risau ya.
Perubahan gaya hidup mudah dan beberapa petua penjagaan diri ini mungkin membantu anda untuk mendapatkan kelegaan dari loya ketika mengandung. Jom kita semak!


Atasi Loya Ketika Mengandung 


#1: Makan Dalam Kuantiti yang Kecil Tetapi Kerap


Sebenarnya, perut yang kosong boleh membuat rasa loya lebih teruk, jadi pastikan anda makan awal, dan tepat pada waktunya. Anda juga dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan terlalu banyak yang boleh membuat perut terlalu kenyang.
Ibu mengandung juga disarankan memilih makanan dalam kuantiti yang kecil dan makan secara kerap. Jangan makan “untuk dua orang” ya! Itu satu mitos.
Makan perlahan-lahan dan ambil masa untuk mengunyah makanan anda.


Atasi Loya Ketika Mengandung 


#2: Perbanyakkan Minum Air



Seperti makanan, mengambil jumlah air yang mencukupi sepanjang hari mungkin dapat membantu. Tetapkan untuk minum 6-8 cawan cecair tidak berkafein setiap hari.
Elakkan minuman yang terlalu sejuk atau manis. Elakkan alkohol kerana ia tidak baik untuk bayi malah akan menyebabkan morning sickness semakin teruk!




Atasi Loya Ketika Mengandung 


#3: Pilih makanan dengan betul



Elak makanan atau bau yang boleh membuat anda loya. Pemilihan makanan juga penting, jadi elakkan makanan berminyak, berlemak dan pedas.
Sebaliknya, anda harus pilih makanan yang tinggi kandungan protein dan karbohidrat, rendah lemak dan mudah dicerna. Pisang, beras, keropokepal dan roti bakar adalah beberapa pilihan yang baik.
Selain itu, pengambilan makanan masin juga boleh membantu, dan begitu juga makanan yang mengandungi halia.


Atasi Loya Ketika Mengandung 


#4: Banyakkan Tidur dan Rehat



Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam, kerana keletihan boleh menyebabkan loya ketika mengandung jadi lebih teruk. Anda boleh tidur sekejap (nap) sekiranya perlu.
Elakkan tergesa-gesa terjaga dan bangun dari katil terlalu cepat.


Atasi Loya Ketika Mengandung 


#5: Elakkan Tekanan




Tekanan boleh membuatkan alahan anda menjadi lebih teruk. Sekiranya anda berasa terlalu tertekan, cuba kurangkan beban kerja dengan membahagikan masa dengan lebih efektif.
Luangkan sedikit masa untuk berehat dan de-stress setiap hari. Meditasi mungkin membantu anda berehat dan menghilangkan pemikiran negatif.


Atasi Loya Ketika Mengandung 


#6 Jangan Merokok, dan Jauhkan Diri Dari Asap Rokok 


Selain meningkatkan rasa loya, merokok semasa hamil akan memberi kesan negatif kepada anda dan kesihatan bayi.
Malah kesan kepada kandungan akibat merokok adalah sebelum, semasa, dan selepas bayi anda dilahirkan!
Merokok boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan kecacatan kelahiran. Ia juga merupakan faktor risiko Sudden Death Infant Syndrome (SIDS).
Begitu juga sekiranya ibu terdedah kepada asap rokok semasa mengandung. Mereka mempunyai peluang untuk melahirkan bayi stillborn, bayi dengan berat lahir rendah, kecacatan bayi dan komplikasi kehamilan yang lain.


Atasi Loya Ketika Mengandung 


#7: Hirup Udara Segar


Pastikan bilik anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Cari masa untuk berjalan-jalan di luar. Berjalan dan sedang bergerak juga senaman yang bagus untuk peredaran darah.


Hilangkan Loya dengan Kaedah Semula Jadi


Cuba buat sendiri minuman halia dengan didih kepingan halia segar untuk membuat teh halia yang bebas kafein dan selamat diminum.
Selain itu, cuba hisap gula-gula peppermint yang bukan sahaja boleh menyegarkan mulut, malah menyingkirkan rasa loya.
Ramai ibu hamil sering mengidamkan makanan masam, dan mungkin sebahagian daripada sebabnya adalah makanan masam boleh mengurangkan loya.
Selain daripada buah-buahan sitrik seperti  limau, limau gedang dan beri, anda juga boleh cuba memakan makanan yang dipelihara seperti jeruk dan selai.


Rasa Loya Ketika Hamil: 


Bila Anda Perlu Dapatkan Rawatan Segera?



Ibu, anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan jika anda:

  • Air kencing berwarna gelap atau tidak kencing langsung melebihi 8 jam
  • Kerap muntah sehingga tidak makan/minum selama 24 jam.
  • Berasa terlalu lemah, pening dan rasa seperti akan pitam semasa berdiri.
  • Sakit perut.
  • Rasa sakit ketika kencing, atau kencing berdarah.
  • Kehilangan berat badan yang terlampau.






Kesemua di atas merupakan tanda dehidrasi ataupun jangkitan kencing kotor.


Semoga bermanfaat !!


















Sunday, March 3, 2019

PETUA UNTUK ANAK DEMAM PANAS

PETUA UNTUK ANAK YANG DEMAM PANAS




TIPS & PETUA ANAK DEMAM PANAS


Ingat bila saat akan kita demam panas waktu malam? Lebih-lebih lagi bila bayi demam panas. Sambil menggigil-gigil dan muntah atas katil. Menggelabah bukan? Makan pun kita tidak lalu, selagi anak tidak sembuh!
Zuriat yang lahir daripada darah daging kita merupakan sebuah anugerah yang terindah dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak adalah satu pelaburan yang akan memberi ganjaran yang cukup besar di dunia dan akhirat. Oleh hal yang demikian, ujian yang diberi oleh Allah dalam membesarkan anak-anak perlulah kita terima dengan kesabaran yang tinggi dan usaha di samping berdoa kepada-Nya.


MUDAH DIJANGKITI PENYAKIT


Proses pembesaran bayi dan kanak-kanak, mereka akan mengalami gangguan kesihatan seperti demam. Anak kecil sering dan mudah dijangkiti bakteria yang akan menyebabkan demam. Peringkat umur antara 1 tahun- 2 tahun, mudah dijangkiti kuman kerana mereka dalam proses mengenali, ingin mencuba. Jadi apa sahaja yang ada di depan mata mereka akan makan. Dalam peringkat ini juga, mereka masih menghisap jari.
Apabila tangan anak basah, kekotoran mudah melekat pada tangannya. Kesannya, anak akan mudah demam kerana dijangkiti kuman. Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan? Mari kita lihat petua, tips anak demam dan cara yang mudah ini.


1.SUKAT SUHU BADAN ANAK


Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan termometer yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi. Sebaiknya, setiap famili ada termometer ini. Sama ada, jenis letak di dahi, di mulut, atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan kemampuan. Alat ini penting dan perlu ada di rumah untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjadi tugas anda untuk sentiasa cek suhu badan dia. Kawal suhu badan anak anda, jika terlalu panas dan melebihi 38 darjah celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak anda.

2.TUAM KEPALA DAN BADAN ANAK


Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip, kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. kemudian tuamnya juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya.
Jika masih juga panas, segera mandikan dia dengan air paip, pastikan kepala dia sejuk sedikit dan tidak terlalu panas. Mudah petua anak demam ini bukan? Namun, berapa ramai yang melakukannya zaman ini?


3. GUNA DAUN BUNGA RAYA


Petua anak demam dari orang tua-tua harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit.
Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Kemudian tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lendir daun itu, kemudian lumurkan lendir di kepala dan seluruh badan anak anda, buat selama 20-30 minit, insyaAllah, demam anak akan kebah.

4. BERI ANAK MAKAN BUBUR


Pastikan perut anak tidak kosong. Jangan abaikan petua anak demam ini. Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang terlalu panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya bubur sedikit garam sahaja. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit.
Aiskrim Vanila juga boleh diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, aiskrim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. Boleh cuba beri anak makan sayur jika anak suka.

5. MINUM BANYAK AIR DAN SUSU


Berikan anak air masak yang secukupnya. Ramai sudah tahu petua anak demam yang ini, tetapi selalu mengabaikannya. Air masak perlu diberikan secukupnya, kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian.
Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit.
Jika tekaknya sakit untuk minum, tampalkan ‘Kool Fever’ ditekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau sup daging, air nasi, air kelapa, air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.

6. SENTIASA BERADA DI SISI ANAK


Petua anak demam yang seterusnya ialah sentiasa berada di sisi anak apabila dia memerlukan kita. Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berada di sisinya ketika dia tidak sihat. Tanya keperluannya, perasaan dia, berbual-bual dengannya. Bacakan buku kegemarannya. Tonton bersama cerita kesukaannya.
Apa yang dia mahukan jika masih tidak keterlaluan, segerakan beri kepadanya. Sentiasa memeluk dan mencium anak dan bisik di telinganya, ibu sayang awak, sihat cepat sayang nanti kita pergi jalan, bersiar-siar, bermain. Beri semangat padanya. Pasti anak anda akan lebih cepat sembuh dari sakitnya.

7. BERDOA PADA ALLAH


Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh mana pun kita ikhtiar, tetapi kita tidak memohon kepadaNya, samalah macam kita tidak percaya kekuasaanNya. Jadi sebagai umat Islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak-anak, berdoa agar diberi kesihatan yang baik kepada keluarga.
Tambah pula dengan membuat solat-solat sunat, InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa hambanya yang berserah dan hanya percaya kepadaNya. Allah hanya akan menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian itu.

 Berikut ialah screenshot yang diambil dari buku Indahnya Hidup Bersyariat, tulisan Ustaz Ismail Kamus.



5 BERADIK

5 BERADIK

Aktiviti Bersama Family

Aktiviti Bersama Family