Blog ini mama sediakan untuk berkongsi tentang balm Tasneem keseluruhan,kehidupan harian anak-anak Iskandar mamapapa,apa jua aktiviti kami 6beranak+family,semua tempat yang kami lawati.Nama mama Nurulaliah Bt Mahat berumur 35 tahun pada 2019. oppsss dah tua ya mama but still comeey.Mama berkahwin dengan papa Iskandar 11tahun yang lalu,selama 8tahun usia perkahwinan,mama dikurniakan 4hero yang comey..

Thursday, June 20, 2019

Angin ! Penyebab Utama Ketika Hamil








Cerita pasal angin ni boleh dikatakan semua pernah alaminya. MamaIs dengan angin ni memang seperti irama dan lagu. Tak dapat dipisahkan.




Malam tadi lepas Magrib papa ajak la MamaIs dan anak-anak keluar makan ala-ala candle light dinner gitu. Dah lama tak keluar kan. So papa bawak kami ke Meq Nor Kitchen kat Jalan Labu-Ainsdale. Anak-anak oder chicken chop la macam biasa dan air jus oren. MamaIs pun oder nasi goreng with chicken chop dan air laici. Papa oder kotiaw goreng.





Menu MamaIs bersama Abang Aqeef dan Affan


Menu abanglong Adam




Tak sampai 30minit makanan pun sampai. Memang cepat la servis di Meq Nor Kitchen. Suasana pun damai, romantik even ramai orang. Masa mula makan tu MamaIs tak rasa apa-apa. So makan lah dengan gumbiranya sambil suap abang Aqeef dan Affan. Sedap jugak lah makanannya. Habis semua hidangan yang kami pesan. Dalam tak diam tu MamaIs dah mula rasa senak-senak perut, angin dah datang ni fikir MamaIs. Tapi still rilek sebabnya ubat angin memang tersedia dalam handbag. hahahahaha. Apa lagi, makan la sebiji ubat angin. nyum nyum!


Ubat angin yang jadi peneman MamaIs


Sambil tunggu papa Q untuk bayar, MamaIs dan anak-anak Iskandar selpi la sebab memang banyak tempat yang cantik kat situ. Tengah-tengah sengih nak ambik gambar, perut memulas macam kena pulas. Rasa nak muntah bersilih ganti dengan kepala berpusing, perut mengeras. Ya Allah angin apakah ini. Masuk ja kereta MamaIs memang berpeluh-peluh dah. Rasa cam something akan terjadi. Terus minta papa pecut balik umah cepat-cepat. Waktu dalam kereta tah berapa kali MamaIs sedawa dan terkentut. Rasa ketat kat bahagian perut tak payah cerita la. Memang heaven rasanya ketika tu - mau tidak nya awak makan tak hengat dunia ! Papa plak dok jadi polis CSI pikir agaknya mama minum ais kot! makan salad kot! sos blakpepper ke? sampai la rumah. Yang dalam kepala MamaIs ni dok pikir bila la nak sampai rumah. Mata dah nampak umah dah.




30minit jugak perjalanan nak balik rumah. MamaIs dok ulang la suruh papa cepat. Sesampai ja di rumah terus MamaIs masuk bilik air kononnya rasa cam nak buang air tapi hampeh tak keluar apa pun. Keluar masuk bilir air dalam 4kali. Lastly MamaIs berdiri depan pintu bilik air tunggu la kot ada apa-apa yang terkeluar. Sekali bueekk ! bueekk ! berkkkkk!! bueekk ! berrkkk!!!! penuh atas lantai bilik air dengan isi yang dimakan masa di Meq Nor Kitchen. huh!! Ingat dah abih tadi, papa pulak datang usap-usap belakang MamaIs, apalagi bueekk !! buekkk !! bueekkk !!! 3x lagi. Abis segala isi perut keluar. Tak dan duduk lagi. sekelip mata kosong dalam perut. Hambek ko !!




MamaIs duduk dalam bilik air bersihkan segala kotoran, mandi. Siap pakej menangis sebab rasa lega Allah ja yang tau. Keluar dari bilik air dengan muka pucat, badan panas mata bengkak, papa tanya abis keluar semua ke? Tak tau la papa memang tanya or perli. hurmmm, ok MamaIs nak tidur ! badan rasa betul-betul tak larat. Kali ni angin memang tak kasi can la. Mimpi ngeri kali ni p makan kat luar. Tobat lepas ni tak makan merapu dah. (Sambil ambik trub dan sapu-sapu kepala, perut, ulu hati dan pinggang)

Memang seksa tau masa mengandung ni badan berangin ! sob sob sob




Sapu lah balm trub - berkesan hokey sampai MamaIs tertidur



Bangun pagi ni badan rasa sengal-sengal akibat insiden malam tadi. Perut rasa berkeroncong. MamaIs p dapur buat koko panas dan makan roti. Ok la untuk alas perut. Duduk depan laptop cari la info tentang ANGIN!


Jom baca info sikit tentang angin. Jangan jadi cam MamaIs tau. huhuu









Perut kembung dan berangin antara masalah yang sering dihidapi tidak kiralah daripada bayi, orang dewasa hinggalah warga tua.
Wanita hamil juga tidak terkecuali. Malah, masalah perut kembung semasa mengandung adalah salah satu masalah paling kerap berlaku pada wanita.








PUNCA PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG


Ia disebabkan:

1. PERUBAHAN HORMON PROGESTERONE


Hormon progesterone sebenarnya membantu wanita hamil kekal sihat sepanjang kehamilan.
Apabila wanita hamil, proses pencernaan yang diaktifkan oleh hormon ini menjadi perlahan menyebabkan perut mudah masuk angin, kerap sendawa dan kentut.




2. SEMBELIT


Apabila wanita hamil makan, bayi dalam rahim akan mengambil nutrisi dan air dalam makanan itu.
Sisa makanan yang kering akan menjadi najis yang keras, menyebabkan sembelit dan perut kembung semasa mengandung.



3. PERTAMBAHAN BERAT BADAN


Wanita hamil biasanya akan makan banyak daripada biasa dan jarang bersenam.
Apabila berat badan bertambah, perut menjadi semakin tidak selesa dan kembung.
Namun, tidak seperti yang lain, wanita hamil tidak digalakkan mengambil ubat untuk membuang angin takut menjejaskan kandungan.






JADI APA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG?




1. BANYAKKAN PENGAMBILAN CECAIR


Selain air dan jus buah untuk meningkatkan cecair dalam badan, boleh juga mengambil sup dan buah-buahan yang tinggi kandungan air.


2. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL


Setiap kali makan, pastikan ia dalam kuantiti yang kecil namun kerap. Dengan ini, makanan mudah dicerna dan dapat mengelakkan perut kembung semasa mengandung.
Ia juga dapat mengurangkan masalah sembelit.


3. KUNYAH PERLAHAN-LAHAN


Elak makan terburu-buru agar saluran usus tidak ‘overload’ dan dalam masa sama anda akan menelan angin yang boleh menyebabkan perut kembung.



4. BANYAKKAN SERAT


Keladi, lobak, whole wheat, epal, pear dan oatmeal tinggi serat.
Serat memudahkan penyerapan pada sistem pencernaan dan memudahkan pengaliran makanan dalam badan.



5. KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK DAN BERANGIN


Bawang merah, kubis, brokoli adalah antara makanan penyebab angin dalam badan.
Makanan berminyak pula melambatkan proses pencernaan yang menyebabkan masalah perut kembung semasa mengandung bertambah buruk.

6. KURANGKAN GULA YANG DIPROSES


Waktu mengandung memang ada yang mengidam benda-benda manis. Kurangkan minuman berkarbonat dan jus buah dalam tin atau botol kerana ia tinggi gula.
Minum jus perahan segar terutamanya buah aprikot, pisang dan peach sebagai pengganti gula-gula dan minuman dalam tin.


7. ELAK MAKANAN MENGANDUNGI SORBITOL


Chewing gum dan makanan pengurus badan mengandungi sorbitol yang menyebabkan perut kembung semasa mengandung dan berangin.


8. TENANGKAN DIRI SEBELUM DAN SEMASA MAKAN


Elak makan dengan gelojoh kerana semasa makan udara akan masuk bersama. Tarik nafas sebelum makan tenang semasa menjamu makanan.


9. BUAT SENAMAN SETIAP HARI


Jika kerap duduk, angin dalam perut sukar keluar. Jika selalu lakukan pergerakan, angin dalam perut mudah keluar.


10. CATAT SENARAI MAKANAN


Setiap kali selesai makan, catat apa yang sudah diambil. Jika dalam masa enam jam selepas makan, mudah untuk kenal pasti jenis makanan yang membuatkan perut kembung.









BIASANYA, PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG BERLAKU PADA AWAL KEHAMILAN




Apabila masuk ke peringkat akhir kehamilan, masalah ini akan berkurangan.
Tetapi jika masalah perut kembung semasa mengandung berpanjangan hingga sakit seluruh badan, cirit-birit dan pendarahan pada najis, segera lakukan pemeriksaan di klinik berdekatan. Dikhuatiri jika keadaan ini berterusan akan menjejaskan kandungan.




Ini kerana semasa hamil, hormon progesteron yang penting untuk ‘membenarkan’ bayi membesar, juga memperlahankan pergerakan usus. Jadi bila pergerakan peristaltik usus menjadi perlahan, tindakan bakteria menjadikan gas yang banyak terbebas dari usus, menyebakbkan badan ibu senang berangin. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tak selesa, mungkin mengalami sakit kepala, muntah dsb.








Harap-harap masuk 3rd trimester nanti hilanglah maslah angin MamaIs. Aamiin











Kredit Info: blog.surrogates-eggdonors.com







2 comments:

  1. ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
    terimakasih ya waktunya ^.^

    ReplyDelete

5 BERADIK

5 BERADIK

Aktiviti Bersama Family

Aktiviti Bersama Family