Cerita pasal angin ni boleh dikatakan semua pernah alaminya. MamaIs dengan angin ni memang seperti irama dan lagu. Tak dapat dipisahkan.
Malam tadi lepas Magrib papa ajak la MamaIs dan anak-anak keluar makan ala-ala candle light dinner gitu. Dah lama tak keluar kan. So papa bawak kami ke Meq Nor Kitchen kat Jalan Labu-Ainsdale. Anak-anak oder chicken chop la macam biasa dan air jus oren. MamaIs pun oder nasi goreng with chicken chop dan air laici. Papa oder kotiaw goreng.
![]() |
| Menu MamaIs bersama Abang Aqeef dan Affan |
![]() |
| Menu abanglong Adam |
Tak sampai 30minit makanan pun sampai. Memang cepat la servis di Meq Nor Kitchen. Suasana pun damai, romantik even ramai orang. Masa mula makan tu MamaIs tak rasa apa-apa. So makan lah dengan gumbiranya sambil suap abang Aqeef dan Affan. Sedap jugak lah makanannya. Habis semua hidangan yang kami pesan. Dalam tak diam tu MamaIs dah mula rasa senak-senak perut, angin dah datang ni fikir MamaIs. Tapi still rilek sebabnya ubat angin memang tersedia dalam handbag. hahahahaha. Apa lagi, makan la sebiji ubat angin. nyum nyum!
![]() |
| Ubat angin yang jadi peneman MamaIs |
Sambil tunggu papa Q untuk bayar, MamaIs dan anak-anak Iskandar selpi la sebab memang banyak tempat yang cantik kat situ. Tengah-tengah sengih nak ambik gambar, perut memulas macam kena pulas. Rasa nak muntah bersilih ganti dengan kepala berpusing, perut mengeras. Ya Allah angin apakah ini. Masuk ja kereta MamaIs memang berpeluh-peluh dah. Rasa cam something akan terjadi. Terus minta papa pecut balik umah cepat-cepat. Waktu dalam kereta tah berapa kali MamaIs sedawa dan terkentut. Rasa ketat kat bahagian perut tak payah cerita la. Memang heaven rasanya ketika tu - mau tidak nya awak makan tak hengat dunia ! Papa plak dok jadi polis CSI pikir agaknya mama minum ais kot! makan salad kot! sos blakpepper ke? sampai la rumah. Yang dalam kepala MamaIs ni dok pikir bila la nak sampai rumah. Mata dah nampak umah dah.
30minit jugak perjalanan nak balik rumah. MamaIs dok ulang la suruh papa cepat. Sesampai ja di rumah terus MamaIs masuk bilik air kononnya rasa cam nak buang air tapi hampeh tak keluar apa pun. Keluar masuk bilir air dalam 4kali. Lastly MamaIs berdiri depan pintu bilik air tunggu la kot ada apa-apa yang terkeluar. Sekali bueekk ! bueekk ! berkkkkk!! bueekk ! berrkkk!!!! penuh atas lantai bilik air dengan isi yang dimakan masa di Meq Nor Kitchen. huh!! Ingat dah abih tadi, papa pulak datang usap-usap belakang MamaIs, apalagi bueekk !! buekkk !! bueekkk !!! 3x lagi. Abis segala isi perut keluar. Tak dan duduk lagi. sekelip mata kosong dalam perut. Hambek ko !!
MamaIs duduk dalam bilik air bersihkan segala kotoran, mandi. Siap pakej menangis sebab rasa lega Allah ja yang tau. Keluar dari bilik air dengan muka pucat, badan panas mata bengkak, papa tanya abis keluar semua ke? Tak tau la papa memang tanya or perli. hurmmm, ok MamaIs nak tidur ! badan rasa betul-betul tak larat. Kali ni angin memang tak kasi can la. Mimpi ngeri kali ni p makan kat luar. Tobat lepas ni tak makan merapu dah. (Sambil ambik trub dan sapu-sapu kepala, perut, ulu hati dan pinggang)
Memang seksa tau masa mengandung ni badan berangin ! sob sob sob
![]() |
| Sapu lah balm trub - berkesan hokey sampai MamaIs tertidur |
Bangun pagi ni badan rasa sengal-sengal akibat insiden malam tadi. Perut rasa berkeroncong. MamaIs p dapur buat koko panas dan makan roti. Ok la untuk alas perut. Duduk depan laptop cari la info tentang ANGIN!
Jom baca info sikit tentang angin. Jangan jadi cam MamaIs tau. huhuu
PUNCA PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG
1. PERUBAHAN HORMON PROGESTERONE
2. SEMBELIT
3. PERTAMBAHAN BERAT BADAN
JADI APA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG?
1. BANYAKKAN PENGAMBILAN CECAIR
2. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL
3. KUNYAH PERLAHAN-LAHAN
4. BANYAKKAN SERAT
5. KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK DAN BERANGIN
6. KURANGKAN GULA YANG DIPROSES
7. ELAK MAKANAN MENGANDUNGI SORBITOL
8. TENANGKAN DIRI SEBELUM DAN SEMASA MAKAN
9. BUAT SENAMAN SETIAP HARI
10. CATAT SENARAI MAKANAN
BIASANYA, PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG BERLAKU PADA AWAL KEHAMILAN
Ini kerana semasa hamil, hormon progesteron yang penting untuk ‘membenarkan’ bayi membesar, juga memperlahankan pergerakan usus. Jadi bila pergerakan peristaltik usus menjadi perlahan, tindakan bakteria menjadikan gas yang banyak terbebas dari usus, menyebakbkan badan ibu senang berangin. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tak selesa, mungkin mengalami sakit kepala, muntah dsb.
Harap-harap masuk 3rd trimester nanti hilanglah maslah angin MamaIs. Aamiin
Kredit Info: blog.surrogates-eggdonors.com








p
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
ReplyDeletehanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
terimakasih ya waktunya ^.^