Blog ini mama sediakan untuk berkongsi tentang balm Tasneem keseluruhan,kehidupan harian anak-anak Iskandar mamapapa,apa jua aktiviti kami 6beranak+family,semua tempat yang kami lawati.Nama mama Nurulaliah Bt Mahat berumur 35 tahun pada 2019. oppsss dah tua ya mama but still comeey.Mama berkahwin dengan papa Iskandar 11tahun yang lalu,selama 8tahun usia perkahwinan,mama dikurniakan 4hero yang comey..

Tuesday, January 15, 2019

~Resepi Donut MamaIskandar~


DONAT GEBU GEBAS















Antara rupa donat-danoat yang MamaIskandar pernah buat untuk anak-anak Iskandar. 2 bentuk ja yang mama buat. Malas nak mereka cipta macam-macam bentuk. ahaks sebenarnya mama korang ni malas..



Donat ni kuih yang tak de lagi orang tak suka. Anak-anak Iskandar semua gemor sangat. Kalau nenek buat, confirm2 sebekas besar dia antar kat umah kami. Kalau beli kat luar confirm2 ada yang siap topping. Manih tuuu, rosak gigi nanti. So nak mudah MamaIskandar buat ja sendiri.






Walaupun nampak mudah, sebenarnya ada beberapa masalah yang biasa dihadapi masa nak membuat donut. Terutamanya bagi yang first timer, kadang-kadang ada yang menyerap banyak minyak, mengecut selepas digoreng, dan mungkin problem yang paling selalu berlaku ialah donut menjadi keras selepas ianya sejuk.

Setelah percubaan demi percubaan, inilah resepi donut yang berjaya dihasilkan oleh MamaIskandar. Resepi ini menghasilkan tekstur donut yang sangat lembut ‘seperti pipi baby yang bam bam’. Walaupun digoreng waktu petang, malamnya pun masih lembut dan boleh dimakan keesokan paginya.

Yang paling best, resepi ini tak perlukan anda untuk menguli. Simple sangat, insha Allah bagi yang kurang mahir pun boleh buat dan menjadi.

Jom kita tengok resepi ini selengkapnya..

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN


  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam



Kredit to fb: norazi



CARA-CARA


Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Satukan Bahan Basah

Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.

Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.



2. Satukan Bahan Kering
Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.

Ramas hingga sebati.


3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah
Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.
Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. MamaIskandarl tutup dengan kain je.


4. Tunggu 1 Jam
Biarkan adunan tadi selama 1 jam.
Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.




5. Bentukkan Donut
Terapkan comel-comel. Kalau takde acuan, gunalah jari jemari awak-awak ye..

 




6. Gorengkan
Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.
Inilah hasil gorengan penuh kasih sayang! Nampak tak kegebuan di situ?





7. Salut Gula
Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor.
Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya.



Kalau dah kejadiannya begini, memang tak lama la donat-donat ni duduk dalam piring tu.. ahaahaaa, MamaIskandar PapaIskandar pun sama naik dengan anak-anak. Sekali hadap ja 1kg licin.




SELAMAT MENCUBA

OK bila dah siap, boleh di’ngap’. Senang, kan?
Cuba tau, jangan tak cuba!











💜,
MamaIskandar

No comments:

Post a Comment

5 BERADIK

5 BERADIK

Aktiviti Bersama Family

Aktiviti Bersama Family