ROTI JALA
Dulu masa kami duduk di Alor Setar, mama selalu buat roti jala untuk minum petang. Kadang mama buat untuk makan ramai-ramai masa family papa berkumpul buat bizday or kumpul adik beradik. Mama belajar buat dari google je. Sampai la mama olah sendiri resepi hingga menjadi lembut dan tahan sampai malam.
Selalu mama buat warna kuning je. Belom lagi buat warna coklat ka oren. Pernah sekali ja mama try buat warna hijau kuning sempena kami duduk di Kedah kan. Anak-anak Iskandar eksaited bak ang. hahahaahaha.
 |
Ni gambaran roti kirai
|
Orang utara panggil roti jala dengan panggilan roti kirai. Mama ingat lagi dulu pernah kami Family P4 (family kawan-kawan HPA papa) 4family semuanya pergi holiday di Pantai Merdeka. Mama buat lah bekal roti jala 1bekas besar dengan gulai ayam. Bila sampai ja kat homestay, semua keluarkan bekalan masing-masing. terkejut la sebab Kak Sal pun ada buat sedikit roti kirai dengan gulai ayam. Di situ barulah mama dapat 1 ilmu baru. Sepanjang duduk di Kedah tak pernah tau pun roti jala tu ialah roti kirai. lawak sungguh aihh
Ok jom kita cek resepi roti jala MamaIskandar
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum (9 cawan)
3 cawan susu cair atau susu segar
6 cawan air biasa
1 cawan minyak jagung atau butter yg dicairkan
6 biji telur
3 sudu teh garam
pewarna secukupnya
Acuan yang mama guna
Acuan rare ni. tapi mama tak pernah guna.
Cara-cara:
Masukkan semua bahan2 kedalam blender..
Blend hingga bancuhan sebati.. Kemudian tapis..
Masukkan dalam acuan roti jala..
Panaskan pan.. perlahankan api..
Pan mama tak lekat so mama tak sapu minyak ya..
Kemudian boleh la lorekkan tepung tadi atas pan..
Mama selalu buat bentuk 4segi so nanti senang nak lipat..
Agak-agak da garing sikit belah bawah, boleh angkat dan terbalikkan..
Kemudian lipat ikut cara/bentuk yang kita nak..
Boleh di hidangkan dengan kuah kari ayam/ kuah durian. Ikut selera masing-masing..
Gambar-gambar roti jala yang mama pernah buat
Roti jala ni memang sinonim dengan kari ayam tau. Kebanyakkan selera orang memang makan dengan kari ayam. tapi ada juga yang makan cicah kuah doyan.
Ni roti jala coklat. Selalu orang makan cicah dengan coklat. Mama tak berapa suka sangat manis-manis. Anak-anak suka ni tapi mama tak pernah try lagi. Nanti-nanti lah mama buat ya.
Mama pernah buat roti jala hijau kuning.. Bawak p rumah nenek untuk celebrate bizday papa. Buat 1kg, liciinnnn tau
Selalu kalau buat roti jala memang untuk minum petang la. Jarang buat dengan teh o. Untuk papa, roti jala ngam dengan kopi radix.
Mudah tak?? Boleh la try nanti ya. Rasanya petang ni mama nak buat la. Bahan-bahan semua ada dah.
Warna -warni roti jala.. Rajinnya depa nih.. Juling-juling dah mata mama nengoknye...
Selamat mencuba!!
💚,
MamaIskandar
No comments:
Post a Comment