KHASIAT LIMAU KASTURI
Limau kasturi adalah salah sejenis buah yang banyak digunakan dalam kegunaan masyarakat Asia Tenggara kerana setiap perahannya memberikan rasa yang sangat sedap dan segar samada didalam makanan mahupun minuman. Aromanya yang harum dan menyegarkan terasa tenang jika dihidu. Ia juga mengandungi kandungan vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.
Mengandungi sebatian antibakteria yang bagus, limau kasturi berfungsi sebagai deodoran semula jadi kerana boleh menyelesaikan masalah bau badan dengan beberapa cara.
Selain dapat menyelesaikan masalah bau badan, limau kasturi juga dapat mengubati bermacam-macam penyakit seperti :
Ubat Kurus
Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam. Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.
Ubat Demam
Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.
Ubat Hilang Bau Ketiak
Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan dengan kerap pagi dan petang.
Ubat Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air. Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.
Ubat Lelah
Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli). Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah. Cukuplah diamalkan seminggu
Ubat Batuk
Campurkan limau, kicap dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam.
*Tak salah mencuba jika betul dapat memulihkan kesihatan alhamdulilah. Jika bertambah melarat, silalah berjumpa dengan doktor ya
Rasanya yang masam manis apabila dimasukkan ke dalam air minuman atau makanan lain menambahkan rasa enak. Namun, pesanan penting buat penggemar minuman atau makanan yang menggunakan limau kasturi seperti air limau,sirap limau, teh o limau, mee rebus dan sebagainya pastikan buah tersebut dicuci dahulu.
Ini kerana lazimnya buah limau kasturi itu akan diletakkan ke dalam minuman atau makanan, dengan kulit2nya sekali. Ini yang dikongsikan oleh doktor Kamrul Ariffin Nor Sadan menerusi laman facebooknya.
Kuit limau kasturi tu mungkin ada debu, bakteria, kulat dan mungkin juga ada racun serangga. Bahan-bahan ini jika mencemari minuman atau makanan maka ia boleh menjejaskan kesihatan.
Konsepnya sama macam kita mahu telur dicuci sebelum di gunakan untuk roti canai telur atau martabak. Kita tak mahu kekotoran pada kulit telur mencemari makanan kita.
Lebih elok jika lepas beli, cuci dulu siap2 dan keringkan sebelom simpan dalam peti sejuk. Barulah limau kasturi tak cepat rosak atau berkulat. Selain menyedapkan rasa dalam minuman, limau juga memiliki khasiat yang baik.
1. BAIK UNTUK PERUT
Limau membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas. Antaranya mual, memulas dan parasit. Dengan meminum jus limau secara teratur perut anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisen. Limau bertindak sebagai pencuci darah dan agen pembersih. Mengambil jus limau boleh menyembuhkan SEMBELIT.
Bukan itu saja, jus limau juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu anda mencerna makanan dengan membantu hati menghasilkan lebih hempedu.
2. PERAWATAN KULIT
Limau dapat menjadi ubat antiseptik semulajadi, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikan perubahan besar pda kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat antipenuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka terbakar akan pudar dengan pantas jika ditempelkan limau padanya.
3. RAWATAN GIGI
Tahukah anda air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus limau dalam perawatan gigi membantu menyingkirkan rasa sakit, cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah lain yang berkaitan dengan gusi.
4. SEMBUHKAN JANGKITAN PADA TEKAK
Limau juga buah yang sangat baik untuk membantu dalam memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya anda boleh berkumur-kumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.
5. MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Air limau bekerja baik, ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium yang tinggi didalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stress mental secara depresi.
6. MENURUNKAN BERAT BADAN
Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Kesan yang sama boleh didapati apabila jus limau dicamukan dengan air suam bersama madu.
7. MEMBANTU MENYEMBUHKAN GANGGUAN NAFAS
Jus limau membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutamanya pada individu yang menderita asma.
8. MENGUBATI REUMATIK
Limau memiliki sifat deuratik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi dengan cara mengeluarkan racun, bakteria dalam tubuh.
9. MERENDAHKAN SUHU BADAN DAN SELESEMA
Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam dengan meningkatkan daya perpeluhan.
10. PEMBERSIH DARAH
Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria, dapat di ubati dengan air limau kerana ia mempunyai sifat pembersih darah.
Kredit to rahsiarumahtangga.com
Gambar dari info google
No comments:
Post a Comment